Keluarga Bahagia |
Assalamualaikum dah salam sejahtera kepada semua pembaca yang sudi melawat ke blog saya ni, dalam tengah duk termenung tetiba terasa ingin menulis coretan ini sebagai peringatan buat saya sendiri dan mungkin untuk anda semua untuk hari tua kelak agar tidak lupa akan diri. Untuk itu,
sebagai coretan pertama, saya ingin coretkan tentang ANAK. Kita sering sebut dan dengar Anak-anak permata hati yang di anugerahkan Allah. Semua orang tahu anak itu rezeki daripadaNya. Namun saban hari, semakin banyak kes-kes yang muncul berkaitan ibubapa dengan anak. Di manakah silapnya?
Persoalan ini timbul dibenak fikiran saya setelah melibat pelbagai kes-kes yang tidak munasabah berlaku dikalangan kita dan kes yang terbaru seperti anak OKU yang dikurung sampai kering oleh ibu kandungnya sendiri dan itu tidak termasuk kes-kes dera sering terjadi sekarang ini. Dimanakah peranan ibubapa yang seharusnya menjadi pelindung terhadap anak? Jika dulu, kita sering dengar, ibubapa lah tempat anak-anak berteduh, bermanja, namun kini semuanya seakan-akan pudar apabila banyak perkara-perkara yang diluar akal pemikiran manusia ini terjadi.
Seperti kes yang berlaku ke atas adik Muhammad Firdaus Dullah ini, ramai dikalangan kita yang berasa simpati. Namun begitu, adakah kita sekadar bersimpati atau membuat sesuatu terhadap perkara begitu agar tidak terjadi dikalangan keluarga kita sendiri? Cubalah kita muhasabah diri dan jadikan kes Muhammad Firdaus Dullah sebagai pengajaran kepada kita kerana anak-anak ini merupakan anugerah yang tidak ternilai.
Kita sebagai ibubapa yang seharusnya mendidik, menjaga, memberi ilmu agama, namun adakah kita telah melakukan semuanya? Anak merupakan amanah Allah kepada kita dan jika gagal dalam mendidik anak-anak kita kejalan yang betul maka kita telah gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan ini. Apa yang harus kita jawab di akhirat kelak?
Kesimpulannya, Peranan ibubapa dalam menjaga dan mendidik anak adalah perkara yang wajib dilakukan dan ibubapa tidak seharusnya lepas tangan akan perkara ini. Anak-anak adalah permata hati yang harus disayangi, dijaga,dibelai dan diberi perhatian yang secukupnya. Jangan kita mengabaikan tanggungjawab yang besar ini demi mengejar arus kehidupan yang penuh cabaran tanpa mempedulikan tanggungjawab kita sebagai ibubpa.
Akhir kata, Cubalah kita sama-sama merebut peluang ini dengan memberi kasih sayang untuk anak-anak kita dari mereka kecil dan mungkin kita pula yang akan diberi kasih sayang oleh mereka apabila kita tua kelak.
p/s: Bedoalah semoga Permata Hati Kita Ini Menjadi Anak Yang Soleh Didunia Dan Akhirat Kelak. Amin..
Ingatan buat diri sendiri dan Ibubapa