Apa kata hari saya bagi tip untuk anda semua,cara mudah untuk daftar adsense dan insyaallah akan di approve kurang dari 3minggu. Tak perlulah saya ceritakan apa itu google adsense, kerana saya yakin anda semua telah mengetahuinya. Saya telah buat testing untuk 2 website saya dan semuanya di
approve dalam masa 2minggu. Saya tak suka tulis panjang-panjang, kita terus ke tips yang saya ingin share tu.
Cara Mudah Daftar Adsense
Okey, pertama sekali yang paling penting anda perlu sediakan rm100 ( paling minima ) untuk beli Domain, Hosting, Artikel dan Backlink dan sedikit kemahiran untuk membina website dengan platform wordpress (percuma). Jika anda mahir berbahasa BI, anda boleh save duit disitu.
Domain
Domain tu anda boleh beli di Godaddy(dot)com. untuk dapatkan dengan harga murah anda boleh cari coupon code di Retailmenot(dot)com untuk dapatkan diskaun hampir 50% dari harga asalnya.
Hosting
Hosting pula saya sarankan anda beli di Iviperhost(dot)com kerana harganya sangat murah dengan kapasiti yang di offer sangat besar. Lagi pula Iviperhost ni diusahakan oleh anak tempatan. Anda boleh dapatkan hosting untuk satu bulan dengan harga rm6 sahaja. Saya sarankan ambil untuk 6bulan dengan harga Rm36 sahaja.
Saya katakan untuk Domain anda dapat pada harga Rm12 selepas menggunakan coupon code dan hosting pula pada harga rm36. Jadi untuk domain dan hosting anda baru sahaja melabur sebanyak Rm48 dan masih ada baki sebanyak rm52.
Bina Website Dengan Platform Wordpress
Untuk menarik perhatian google, saya sarankan anda menggunakan platform wordpress. Ini kerana wordpress akan membuatkan website anda nampak lebih profesional. Untuk wordpress perkara yang perlu ada didalam website anda adalah pages Disclaimer, About Us, Contact Us, dan Privacy Policy dan yang paling penting sekali adalah content anda mesti unik dan 100% lepas copyscape. 4 perkara ini sangat penting untuk menunjukan kepada google bahawa anda serius dalam bidang ini.
Untuk membuat Disclaimer anda hanya perlu pergi ke website ini http://www.easyriver.com/free_disclaimer.htm dan selepas anda generate Disclaimer ini anda hanya perlu buat satu pages di dalam wordpress anda untuk dislaimer berkenaan. Untuk Privacy Policy pula anda hanya perlu pergi ke http://www.freeprivacypolicy.com/ dan buat satu lagi pages untuknya. Untuk Contact Us pula anda hanya perlu download plugin contact me 7 yang terdapat didalam wordpress anda. About Us pula anda boleh meniru di mana-mana website, about us ini lebih kepada tentang diri anda dan blog anda.
Artikel
Untuk Artikel ini, jika anda mempunyai kemahiran berbahasa BI anda boleh menulisnya sendiri. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran anda boleh membelinya di iwriter(dot)com. Untuk membeli artikel disini saya sarankan anda membeli dengan premium atau elite writer kerana ianya lebih profesional dan artikelnya lebih berkualiti berbanding dengan bacis writer. Harga untuk 1 artikel pula bergantung berapa panjang patah perkataan yang kita perlukan. 1 lagi tempat yang saya selalu beli artikel adalah di fiverr(d0t)com dengan membeli servis http://www.fiverr.com/talent_writer/write-two-400-word-seo-blog-articles-on-time-delivery . Dengan baki Rm52 itu, anda bolehlah melabur untuk membeli artikel.Cara termudah untuk dapatkan artikel adalah dengan melayari sinar harian, metro, dan laman-laman berita. Gunakan google translate untuk translate ke bahasa BI. Pastikan semua huruf anda dan ejaan, koma, titik adalah betul. Artikel yang anda beli hendak sekurang-kurangnya minima 400 patah perkataan, unik, lepas copyscape, bermasksud tidak mempunyai duplicate content. Anda perlukan sekurang-kurangnya 10 artikel untuk daftar google Adsense ini dan di post setiap hari untuk 1 artikel.
Backlink
Sebenarnya, semasa saya menguji 2 website saya itu, saya tidak mempunyai sebarang backlink. Namun untuk mendapatkan lebih keberkesannya, saya sarankan anda membuat sedikit backlink untuk menarik traffic ke site anda itu. Anda boleh guna servis di BHW dan juga fiverr untuk mendapatkan backlink dengan kadar $5 sahaja.
Apply Google Adsense
Setelah semua yang dinyatakan di atas selesai. Bolehlah anda mencuba untuk daftar google adsense. Insyallah jika mengikut segala yang saya nyatakan anda akaun akan diterima oleh google.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh anda menghubungi saya fb ataupun email di bahagian atas blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat.